KEMASUKAN BEKAS REFORMIS KE DALAM UMNO

KEMASUKAN BEKAS REFORMIS KE DALAM UMNO
PROGRAM 'JUARA RAKYAT' 9hb. JANUARI 2010, BUKIT SENTOSA, HULU SELANGOR

Sunday, December 27, 2009

10 SOALAN LAZIM

1. APA ITU 'new'?
- 'new' adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada Disember 2009 dan akan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan bergerak dengan keupayaan entiti tersendiri

2. APA MAKSUD SLOGAN 'NEW EMERGING WAVES/KEBANGKITAN GELOMBANG BARU'?
- suatu azam, semangat, spiritual, pemikiran, silaturahim serta halatuju baru dalam melaksana misi dan gerakerja

3. APA MOTIF PENUBUHAN 'new'?
- membantu UMNO/BN memerintah kembali di Selangor pada PRU 13

4. KENAPA 'new' WUJUD SEKARANG?
- atas dasar kesedaran dan keinsafan dari kealpaan setelah membantu PR hingga berjaya memerintah Selangor
- ternyata PR Selangor membudayakan sikap 'Habis Madu, Sepah DiBuang' dengan semangat 'Sudah Dapat Kerusi Bertuah, Reformis Tidak Berguna Lagi' lalu 'Cakap Tak Serupa Bikin' maknanya 'Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lagi Lama Memerintah Negeri'

5. SIAPA MENGETUAI 'new' DAN SIAPA AHLI-AHLINYA?
- bekas para aktivis reformis pendokong reformasi
- bekas ahli-ahli UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP yang keliru dan tidak menyokong UMNO/BN pada PRU 12 lalu
- generasi muda yang ingin melibatkan diri dengan aktiviti NGO
- rakyat Selangor, warga Malaysia pelbagai bangsa berumur 18 tahun ke atas

6. APAKAN PERANAN 'new' DAN BAGAIMANA GERAKAN NYA?
- bersama merealisasikan gagasan 1Malaysia
- anjakan tenaga baru dalam membantu UMNO/BN Selangor
- kerjasama berpasukan bersama UMNO/BN Selangor
- gerakan 'SULIT'

7. DIMANA 'new' BERPERANAN?
- 22 kawasan Parlimen, Bahagian UMNO/BN Selangor

8. MUNGKINKAH PERANAN 'new' AKAN DITERIMA RAKYAT?
- mengapa tidak? 'new' merencana strategi melalui pendekatan teratur dan terancang untuk mengembalikan sokongan rakyat/pengundi kepada UMNO/BN Selangor dalam PRU 13 kelak
- buktinya? bukankah dokongan begini yang telah reformis lakukan ketika bersama PR dulu hingga dapat memerintah Selangor?
- kalau dulu 'Bapak Kencing Berdiri, kini Giliran Anak Kencing Berlari'

9. JIKA BEGITU, KEMANA HALATUJU 'new' SELEPAS PRU 13?
- akan diputuskan oleh ahli-ahli

10. APAKAH GANJARAN YANG DIHARAPKAN OLEH 'new'?
- telah sebati dengan perjuangan Jihad dan Kudus
- buktinya? ketika bersama PR dahulu pun tiada sebarang ganjaran yang diharap mahupun diperolehi. Jadi sekarang APA BEZANYA?....
- perjuangan ini bakal memperlihatkan kejayaan UMNO/BN memerintah kembali Selangor pada PRU 13 kelak kerana 'new' percaya, telah terbukti hanya UMNO - JUARA RAKYAT!!!!!!!

Salam perjuangan...

Car Hire Sydney